SUNGAI PETANI: Seorang lelaki yang juga buruh binaan dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun dan dikenakan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen Sungai Petani hari ini atas kesalahan memiliki sepucuk pistol tanpa kebenaran dan permit yang sah.
Hukuman dijatuhkan Hakim Mahkamah Sesyen 1, Roslan Hamid, ke atas tertuduh K Krishnakumar, 40, selepas dia mengaku bersalah terhadap tuduhan yang dikemukakan.
Tertuduh yang telah berkahwin dan tidak mempunyai anak didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 14 tahun dan tidak kurang dari enam sebatan.
Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Negeri Kedah, Zulfadzly Hassan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu Zulfadzly, meminta hukuman berat dikenakan selepas tertuduh mengaku bersalah sebagai pengajaran kepada orang awam kerana miliki senjata api tanpa kebenaran dan lesen yang sah boleh menyumbang kepada perlakuan jenayah hingga boleh menyebabkan kematian.
Bagaimanapun selepas mendengar rayuan tertuduh yang berpendapatan tidak seberapa selain terpaksa menyara seorang isteri dan ibu yang telah tua, Roslan menetapkan hukuman penjara lima tahun dan enam sebatan terhadap tertuduh.
Krishnakumar ditahan oleh sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah,Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda pada jam 4.30 petang 30 Julai lalu di tepi bangunan kedai di Taman Ria Jaya selepas dilihat berada dalam keadaan mencurigakan.
Pemeriksaan pihak polis kemudiannya menemui sepucuk pistol jenis berwarna hitam buatan Amerika Syarikat, tiga butir peluru dan tiga kelongsong peluru terselit di bahagian hadapan pinggangnya.
Selain positif dadah jenis methamphetamine, Krishnakumar turut mempunyai 14 rekod berkaitan dadah, jenayah lampau termasuk dikehendaki kerana melarikan diri daripada pusat pemulihan dadah.
Sementara itu di Mahkamah Sesyen 2, T Santhana Samy, 48, yang dituduh di bawah Seksyen 9, akta sama kerana mengetahui pemilikan senjata api oleh rakannya itu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan di hadapan Hakim Azman Abu Hassan.
Santha Samy ditahan pada pukul 10.30 malam hari sama di Taman Keladi selepas rakannya diberkas polis tetapi mengaku tidak mengetahui pemilikan sepucuk pistol oleh rakannya itu.
Hakim Azman kemudiannya menetapkan 29 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menantikan proses rawatan Santha Samy kerana mengalami masalah kesihatan.
Tiada jaminan ditawarkan oleh Hakim Azman terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Aug 07 2022
Krishnakumar (tengah) ditahan oleh sepasukan polis pada 30 Julai lalu di tepi bangunan kedai di Taman Ria Jaya selepas dilihat berada dalam keadaan mencurigakan. - Foto Astro AWANI
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
Sarawak perlukan 17,500 hektar kawasan baharu sawah padi
Kementerian telah mengenal pasti kawasan baharu iaitu di Sri Aman, Kapit, Mukah dan Limbang bagi tujuan berkenaan.
ART bertingkat di JB miliki 32 stesen - Exco
Projek sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat yang dicadang dibangunkan di Johor Bahru akan mempunyai 32 stesen dengan jarak lebih 50 kilometer (km).
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak sedang dirangka
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak 2003 sedang dirangka sebagai usaha menubuhkan Jabatan Perikanan Negeri.
Dengar 'suara' belia, iktiraf mereka sebagai penyambung legasi
Suara belia tidak harus dipandang enteng malah penglibatan golongan ini perlu diperluas terutama dalam isu kemasyarakatan dan politik sesuai peranan mereka yang 'sering' digelar pemimpin masa hadapan.
Tumpuan Rabu - 15 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dari Madinah, seramai 563 jemaah haji Malaysia tiba di Mekah
Seramai 563 jemaah haji Malaysia yang sebelum ini menetap di Hotel Emaar Royal dan Hotel Saja al Madidah di Madinah, tiba di Mekah pada Selasa untuk urusan menunaikan ibadat haji.
Penganggur didakwa edar 70kg kanabis, miliki pistol, 50 peluru
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kangar hari ini atas pertuduhan mengedar 70 kilogram (kg) dadah jenis kanabis.
Lima sekeluarga ditahan kerana miliki pistol, dadah
Lima sekeluarga termasuk dua pelajar sekolah ditahan kerana memiliki dadah dan sepucuk pistol dalam serbuan di Kampung Takang, Tawang, Bachok.
Bekas banduan amuk tak boleh pinjam motosikal anak ditahan miliki pistol
Suspek lelaki berusia 40 tahun itu ditahan dalam serbuan oleh sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Tanah Merah pada jam 2.55 petang.
Polis Kelantan tahan seorang lelaki miliki pistol
Polis Kelantan menahan seorang lelaki berusia 27 tahun bersama sepucuk pistol dalam serbuan sempena Op Tapis Khas di sebuah rumah di Kampung Lubok Jambu, di Kota Bharu.
Penarik kereta didakwa miliki pistol, peluru hidup
Seorang penarik kereta didakwa atas tiga pertuduhan memiliki sepucuk pistol bersama peluru hidup dan pistol tiruan pada 27 September lalu.
Buruh dipenjara lima tahun, enam sebatan bersalah miliki pistol
Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan enam sebatan atas kesalahan memiliki sepucuk pistol.
Lelaki positif dadah miliki pistol, peluru ditahan
Polis menahan seorang lelaki kerana memiliki sepucuk pistol jenis Colt dan enam butir peluru hidup di Taman Ria Jaya, di sini, pada Sabtu.
Dua termasuk remaja 16 tahun ditahan miliki pistol tiruan, kes ugut, pukul
Dua individu termasuk remaja berumur 16 tahun ditahan kerana memiliki sepucuk pistol tiruan serta terlibat dalam kes pukul dan ugut di Bandar Tenggara, dekat Kota Tinggi, semalam.